RADIATION PROTECTION CONFERENCE AND WORKSHOP 2023

Persidangan dan Bengkel Perlindungan Sinaran Kali Ke-24 anjuran Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA) bersama Agensi Nuklear Malaysia bertemakan ‘Advancing Radiation Protection For Safety Culture’ telah berlangsung pada 28 hingga 31 Ogos 2023 di Hotel Weil, Ipoh Perak.
Persidangan ini merupakan agenda tetap tahunan bagi pengamal keselamatan sinaran dan tahun ini seramai 161 penyertaan dalam kalangan profesional, para pegawai dan pekerja yang terlibat dengan penggunaan sinaran mengion dalam pelbagai sektor ekonomi baik di Malaysia mahupun antarabangsa.
Persidangan ini bertujuan untuk berkongsi informasi berkenaan pembangunan terkini, strategi dan hala tuju masa hadapan untuk praktis perlindungan sinaran yang lebih baik. Selain daripada itu, ia merupakan platform terbaik untuk pengamal dalam bidang perlindungan sinaran untuk mengkaji semula amalan terkini di tempat kerja supaya mematuhi standard dan prosedur keselamatan. Sebagai tambahan, bengkel dan persidangan ini juga bertujuan untuk mengumpulkan pengurus dan profesional sinaran, pelatih dan ahli akademik serta pihak berkuasa berkenaan untuk membincangkan isu berkaitan perlindungan sinaran di Malaysia.
Sejumlah 19 kertas yang terdiri daripada satu (1) ucap tema, tiga (3) kertas ucap utama dan lima belas (15) kertas kerja akan dibentangkan oleh pembentang dari Malaysia dan antarabangsa pada hari pertama dan kedua, diikuti sesi bengkel serta forum pada hari ketiga dan diakhiri dengan ‘refresher course’ beserta lawatan teknikal pada hari keempat persidangan.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) ke-22

Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-22 pada 29 Ogos 2023 bertempat di Conference 3, Weil Hotel, Ipoh, Perak. AGM MARPA pada kali ini telah berlangsung di luar Lembah Klang dan diadakan bersempena dengan penganjuran Persidangan Perlindungan Sinaran yang sedang berjalan dari 28 hingga 31 Ogos 2023. Seramai lebih daripada 70 orang ahli MARPA telah menghadiri AGM kali ini dan mesyuarat telah dimulakan dengan jamuan makan malam.

Antara agenda mesyuarat adalah ucapan aluan Presiden, pengesahan minit AGM ke-21, membincangkan perkara-perkara berbangkit serta pembentangan laporan aktiviti MARPA oleh Setiausaha dan pembentangan laporan kewangan MARPA oleh Bendahari bagi tempoh Julai 2022 hingga Jun 2023. Selain itu, terdapat 2 usul telah diterima daripada ahli dan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut serta mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan daripada Presiden. Laporan aktiviti yang dibentangkan semasa mesyuarat tersebut akan dimuatnaik di laman sesawang dan facebook MARPA dalam masa terdekat. Barisan Ahli Lembaga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli MARPA yang telah hadir dan kepada semua yang menjayakan AGM kali ke-22.

IRPA ASF

  1. Light induced fading in optically stimulated luminescence dots for medical dosimetry measurement

    For single point dose measurements, the use of optically stimulated luminescence dosimeters (OSLDs),nano Dots is gaining a remarkable interest due to availability and potential attributes. In this paper, new methods to optically anneal the nano Dot™ OSLDs were developed using five different light sources namely; 40 W purple ultra violet light (UV), 5 W white light-emitting diode (LED), 100 W tungsten-halogen lamp (THL), 14 W compact fluorescent lamp (CFL) and bright room office environment light (BRL) with temperatures of 35 ºC, 25 ºC, 30 ºC, 27 ºC and 24 ºC respectively. The OSL system performance was evaluated via intrinsic measurements to ascertain the precision of the micro Star reader. The reader stability evaluated from the dark current (DRK), CAL and LED counts were found to be 6.0 ± 0.9, 1677 ± 31, and 4657 ± 563, respectively, which were rightly below the control limits of 30 (DRK), and ± 10% of the mean (CAL and LED). The regeneration rate of the OSL signal during the optical annealing procedure revealed that 14 W CFL (Compact Fluorescent Lamp) gives the highest response with an average signal loss of ~93% in 60 minutes illumination time, compared to 92%, 90%, 87% and 44% signal loss using UV light, LED, THL, and BRL,
    respectively.
    Sumber : Ts. Dr. Ratna Suffhiyanni Omar

  2. Dose assessment of 4- and 16-slice multi-detector computed tomography (MDCT) scanners

    This paper reports the performance of an X-ray generator and the CT dosimetry of 4- and 16-slice Multi-Detector Computed Tomography (MDCT) scanners operating in the axial mode. Two types of CT scanners were evaluated; the 4-slice Toshiba Asteion 4 Edition and the 16-slice Siemen Somatom Emotion 16. The dose estimation for the X-ray generator and the MDCT of the scanners were assessed under certain parameters (kV, mA, and exposure time) using a multi-function detector (Raysafe Unfors), and nanoDot™ OSLDs. The weighted CT Dose Index (CTDIw) was measured using a 100 mm standard pencil beam ion chamber, and nanoDot™ OSLDs, in a 160 mm diameter head and 320 mm-diameter body cylindrical acrylic Polymethyl-Methacrylate (PMMA) phantom (160 mm length). The CTDIw values were specifified either according to the central axis or 10 mm from the 4 outer edges of the phantom. The two sizes of the phantoms based on the measurements of the CTDIw of the two CT scanners were compared.
    The weighted CTDIs (CTDIw) were calculated and the CT X-ray generator performance observed. The results of the two difffferent types of detectors were examined and compared. The deviation ac curacy of the tube voltage was ± 5 kV or ± 5%, whichever is greater, whereas the accuracy of the tube potential (mA) was ± 10%. The radiation dose (CTDIw) for dosage under exceptional CT scanning conditions in the axial mode was observed to meet the manufacturer’s guidelines (< ± 20%). The implementation of the CT dosimetry steps ensured patient safety and is expected to reduce future risk in the case that an estimated dose value was inappropriately administered above the relevant threshold for any routine CT examination.
    Sumber : Ts. Dr. Ratna Suffhiyanni Omar

  3. Entrance surface dose of eyes and thyroid using nanoDot optically stimulated luminescence in 64-slices computed tomography scanner

    Entrance surface dose (ESD) is used to estimate the patient exposure dose during X-ray computed tomography (CT) procedures. However, in a clinical practice the ESDs measurements remains challenging due to lack of suitable dosimeters. We demonstrated an anthropomorphic phantom ESDs assessment for both eyes and thyroids; left and right using Landauer nanoDot™ OSL dosimeters (OSLDs) during 64-slices CT scan examinations. 24 nanoDot™ OSLDs were randomly selected and placed within slices 1 to 9 of anthropomorphic phantom. The ESDs were measured through direct energies (80 140 kV) and variation of current value (minimum, middle and maximum) from CT scanner model Siemens Somatom Definition AS+. We found that this practical method using small OSLDs; have an outer width of 10 mm can measured a partial dose from selective CT protocols. The ESDs results for both eyes and thyroids from 2 different InLight Microstar OSL reader show that the doses increased by the changes of energies and current values.
    For readout procedure using InLight Microstar OSL reader, standard measurement (in 30 days) evaluated from the dark current (DRK), CAL and LED counts were found rightly below the control limits of 30 (DRK), and ±10% of the mean (CAL and LED). In conclusion, nanoDot™ OSLDs is considered as potential candidate for direct measurement of entrance surface dose of patient.
    Sumber : Ts. Dr. Ratna Suffhiyanni Omar

Persidangan dan Bengkel Perlindungan Sinaran kali ke 23 telah bermula secara rasminya pada 7 Mac 2022 di Kuala Terengganu, Negeri Terengganu Darul Iman. 

Persidangan ini telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim mewakili Menteri Besar Terengganu. Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Presiden MARPA iaitu Encik Mohd Sidek Othman.

Seramai 160 peserta yang terdiri daripada pihak industri, institut pengajian tinggi (IPT) dan agensi kerajaan menghadiri persidangan ini bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan cabaran dan amalan terbaik berhubung perlindungan sinaran di era pandemik Covid-19 selain mengukuhkan jalinan hubungan kerjasama dan profesional antara peserta.

 Semoga program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Jaga diri dan patuhi SOP sedia ada. Selamat bersidang semuanya.

Sumber :


Buat pertama kalinya Jabatan Tenaga Atom Malaysia (Atom Malaysia) berjaya menguruskan penghantaran instrumen pengesanan sinaran melalui *_Practical Arrangement on the Establishment of a Loaner Pool for Radiation Detection Equipment (Loaner Pool)_* antara Atom Malaysia dan International
Atomic Energy Agency (IAEA) ke Qatar bersempena *Piala Dunia FIFA Qatar 2022* di Doha.
Malaysia amat berbangga dapat bekerjasama dengan IAEA melalui inisiatif ini dalam memastikan keamanan dan keselamatan di rantau Asia Pasifik khususnya dalam sekuriti nuklear terjamin. Usaha murni ini adalah bagi mengekang ancaman terrorism dan penyalahgunaan bahan radioaktif dan nuklear semasa acara global dunia seumpama ini.

Sumber :

MARPA Copyright (c) 2017-2022 Malaysian Radiation Protection (MARPA).