Kami di Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA) dengan bangganya mengumumkan kolaborasi kami sebagai Rakan Penganjur (Event Partner) untuk International Conference on Nuclear Energy (ICNE2025)!
ICNE2025 yang dianjurkan oleh Nestmatrix Solution dan disokong oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan diadakan pada 11 November 2025 di Sunway Resort Hotel, dengan tema “Paving the Way for a Sustainable Energy Source in ASEAN”.️
Persidangan ini bakal menghimpunkan pakar antarabangsa, pemimpin industri serta pembuat dasar untuk membincangkan peranan tenaga nuklear dalam masa depan tenaga yang mampan di ASEAN.
Ini adalah peluang untuk ahli MARPA dan semua pihak berkepentingan untuk meneroka spektrum penuh pembangunan nuklear dengan keselamatan sinaran sebagai tunjang utama kepada kemajuan Malaysia ke arah tenaga nuklear yang lestari.
Jom sertai kami dan maklumat lanjut berkenaan ICNE2025 boleh rujuk brosur yang disertakan.


