Dato’/ Datin / Dr/ Tuan/ Puan,
.
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE DUA PULUH SATU PERSATUAN PERLINDUNGAN
SINARAN MALAYSIA (MARPA).
.
Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan pada:
Tarikh : 13 Oktober 2022 (Khamis)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi,Selangor
.
2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
1) Ucapan Aluan Presiden Sesi 2020/2022
2) Perlantikan Pengerusi Mesyuarat
3) Perlantikan Dua Orang Pencatat Minit
4) Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke Dua Puluh
5) Perkara-Perkara Berbangkit
6) Pembentangan dan Pengesahan Laporan Tahunan 2021-2022
7) Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan 2021-2022
8) Pembubaran Ahli Lembaga MARPA Sesi 2020/2022
9) Perlantikan Ahli Lembaga MARPA Sesi 2022/2024
10) Pembentangan dan Perbahasan Usul
11) Ucapan Penangguhan Mesyuarat Tahunan oleh Presiden MARPA Sesi 2022/2024
3. Sekiranya Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan mempunyai sebarang usul untuk
dibentangkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan ini, sila hantar kepada
Setiausaha MARPA melalui emel, admin@marpa.org.my menggunakan borang
yang dilampirkan sebelum 11 Oktober 2022.
4. Kerjasama Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan untuk menghadiri mesyuarat ini
amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menjalankan tugas,
Setiausaha MARPA
